Hi Assalamualaikum🙋
.
.
Harini saya nak share resepi mudah, sedap, rangup & tidak berminyak Classic English Fish & Chips with Tartar Sauce. Lepas buat ni, confirm orang dalam rumah dah rasa tak berbaloi makan Fish&Chips dekat luar haha.
Resepi ni asal saya tengok dari Chef Gordon Ramsay, but semua Classic English Fish&Chips akan includekan Beer (arak) dalam batter dia. Jadi, setelah beberapa kali R&D saya berjaya hasilkan resepi yang bagi saya sangat mudah dan sihat sebab tak berminyak langsung bila makan tapi isi ikan sangat lembut bila makan😋
Tartar Sauce ni kalau kita makan dekat high end restaurant normally they will serve together with the Fish & Chips. So, lepas beli bahan ni boleh simpan and bila nak buat , bahan dah ada dalam rumah tinggal buat je 😉
Antara bahan-bahan utama. Ni semua boleh simpan lama sebab bila kita teringin je boleh terus buat.
Bahan-bahan Tartar Sauce :
- Mayonis
- Gherkins (Fine Gherkins/Extra Fine)
- Blackpepper grind
- Garam (secubit dua)
- Bawang besar/bawang holland (1 atau setengah biji medium size)
Gherkins tu adalah sejenis jeruk timun saya rasa haha. Fine Gherkins biasanya size dia agak besar sikit. Extra fine Gherkins size dia kecil sikit. Biasanya saya guna Fine Gherkins dalam 6 batang. Potong dadu, masuk dalam blender. Kalau guna Extra fine Gherkins boleh ambil 8 batang. Potong dadu juga untuk bawang. kalau sukakan rasa masam dan acid yang kuat dalam sauce, boleh guna sebiji bawang. Kalau kurang gemar, boleh guna setengah biji sahaja.
Ni Extra Fine Gherkins.
1 quick tips nak buka balang Gherkins ni is,
Isikan satu mangkuk dengan air panas, terbalikkan balang gherkins ni ke dalam air panas. Pastikan penutup balang gherkins ni tenggelam dalam air. Biarkan dalam 2-3 minit. Angkat, lap dengan kain dan pusing untuk buka.
Masukkan mayonis, bawang, gherkins, sedikit blackpepper dan juga garam ke dalam blender dan kemudian blendkan. Kalau anda suka kan texture yang kasar, boleh blender kasar, kalau tidak, boleh blender halus.
Mayonis jangan terlalu banyak. Kalau anda rasa kurang mayonis, boleh tambah bila dah habis blender. Bila dah blend, boleh tuang ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk sementara kita menggoreng ikan.
Biasanya saya hanya guna filet ikan dory. Biasanya kalau anda beli filet ikan dory frozen terdapat dua jenis. Kalau dalam plastic dia ada banyak filet ikan dalam 4-5 keping, bermakna filet ikan tu nipis atau pon kecil. Kalau beli dalam satu plastic tu ada 2-3 keping, bermakna isi dia tebal.
Buka plastic ikan, lalukan ikan di bawah pili air sehingga ais blok cair, dan kemudian keringkan ikan di atas tisu towel. Saya biasanya akan keringkan dengan tekapkan tisu towel tu pada ikan dalam 3-4 kali sampai betul-betul kering. Bila ikan kering, baru ikan mudah nak serap batter dan seasonings.
Bila ikan dah kering, seasoned kan ikan dengan secubit dua garam dan blackpepper dan biarkan sekejap. Sementara nak buat batter sekejap lagi, panaskan minyak dalam kuali. Guna minyak baru dan ingat untuk deep fry ya. Jadi minyak kena banyak sikit. Buka api sederhana dan biarkan minyak panas.
Sekarang boleh buat batter pula.
Bahan-bahan batter :
- 4 sudu besar all purpose flour
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 biji telur (exceptional, nak letak boleh, tak letak boleh)
- Air sejuk (ikut konsistensi)
Gabungkan semua bahan dalam bekas untuk celup ikan nanti. Gaulkan dengan air sejuk. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau rata. Konsistensi batter seperti buat cucur. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
Di dalam bekas yang lain pula, sediakan bahan celup ikan yang kering.
Bahan-bahan celup ikan :
- 2 sudu besar all purpose flour
- 2 sudu besar tepung beras
- secubit dua garam
Gaul sebati semua bahan.
Ambil filet ikan dory satu per satu dan salutkan nipis dengan tepung kering tadi. Pastikan semua bahagian ikan disaluti tepung dan lepastu goncangkan ikan atau tepuk perlahan isi ikan tu supaya tak ada lebihan tepung tebal melekat. Dalam bahasa mudah, finely coated lah ya.
Lepas dah celup tepung kering tadi, masukkan filet ikan ke dalam batter yang kita dah buat tadi. Biarkan beberapa minit dan pastikan setiap bahagian ikan itu diselaputi dengan batter tadi. Bila minyak dah menggelegak panas, ambil filet ikan satu per satu dan masukkan ke dalam kuali. Angkat filet ikan perlahan-lahan sebab isi ikan ni amat rapuh. Pastikan semua bahagian ikan diselaputi batter baru masukkan ke dalam minyak.
Goreng setiap permukaan ikan dalam 5-6 minit, angkat dan letak di atas pinggan yang dilapikkan tisu biar minyak kering. Ulang proses yang sama untuk fillet ikan yang lain. Dah habis kesemua fillet ikan digoreng, dalam minyak yang sama, goreng semula fillet ikan tadi satu per satu dan toskan semula di atas pinggan yang di lapikkan tisu. Gorengan kali kedua ini hanya seminit dua sahaja untuk tambahkan lagi crunchy kepada ikan tersebut.
Sementara goreng fillet ikan-ikan ni dari tadi, boleh lah masukkan fries (kentang goreng) dalam air fryer atau goreng di dapur sebelah. Kalau senang, masukkan dalam air fryer suhu 170c , 15-20 minit semasa kita goreng ikan. Bila dah siap goreng ikan, fries pon dah siap masak.
Bila dah siap goreng, potong hiris lemon untuk dihidang bersama ikan. Sudukan semula Tartar Sauce yang dalam peti sejuk tadi kita simpan, letakkan ikan yang telah digoreng bersama kentang goreng dan hirisan lemon. Saya biasanya akan taburkan daun basil kering atas Tartar Sauce & sedikit mayonis serta fries instead of garam. Fries saya memang tak letak garam baru sihat sikit😋
Daun basil kering ni boleh beli yang 4 in 1 British Table Seasoning. Boleh guna untuk masak western dish yang lain.
Jangan lupa share bila dah buat ya😉
Selamat mencuba!
Xo,
YK.