#YkSimpleRecipe RESEPI MUDAH PIZZA TANPA YIS 15 MINIT| Make at home with your loved ones!
Hi Assalamualaikum🙋
.
.
During these uncertainty, mesti ramai malaysians dah jadi masterchef kan sebab macam lama sangat je kan masa terluang dekat rumah tu?🙈 This post today I would like to share simple and easy recipe that most people can do at home especially with their kids.
You don't have to have yeast to make a pizza and the taste will be as just nice as it is. So simple that you think boleh makan hari-hari lepas ni haha.
I made the first one with Yuka-chan, my daughter and she loves it ! Sebab kids could participate and make their own pizza to their liking. Kita mak-mak tinggal masuk je dalam oven siap!
For the first time I did, bakar atas tray nak buat kuih tu je. Lapikkan dengan parchment papers, letak doh pizza and biarkan anak nak letak apa atas tu. Kita sediakan bahan siap-siap dah potong dekat tepi.
Second time I made this, nak cantik sikit gunalah loyang buat kek yang boleh tercabut tu or any pan crust you have non-stick pon boleh . Asalkan ada bekas nak bakar dalam oven.
I used this one (beli dekat tesco je). Yang tepi dia tu detachable. So, boleh buka and simpan. Just use the bottom one pon dah cukup . Nanti pizza dah masak cantik je dia terkeluar dari pan tu tau. Tak payah nak korek korek pan sampai calar 😁
Bahan-bahan :
- 2 1/2cawan tepung
- 2-3 tbsp baking powder
- hujung sudu garam
Gaulkan semua bahan atas tu. Lepastu satu kan bahan-bahan di bawah. Tuang air dan minyak sedikit demi sedikit uli guna tangan sehingga menjadi doh. Kalau lembik terlebih air, tambah tepung, kalau terlebih tepung kering, tambah minyak atau air lagi dan uli sehingga tiada doh melekat di tangan dan bentuk kan bulat.
- 5-6 sudu canola oil / olive oil
- separuh cawan fresh milk / air masak
Ambil doh banyak mana yang ingin digunakan. Leper kan dengan rolling pin. (You don't have to let the dough raise tau sebab kita tak guna yeast. So, bila dah bulatkan doh tu, boleh dah terus gunakan.)
Saya leperkan pakai tangan dengan jari je atas loyang non-stick 6 inch tak payah letak minyak atau butter pon atas loyang.
Sapukan tomato sauce atas doh yang dileperkan. Saya guna tesco tomato pasta sauce je. Toppings ikut suka ya nak letak apa. Nak ala ala Hawaiian pizza boleh tambah nenas, isi ikan tuna tu, olives atau apa sahaja. Untuk anak-anak saya letak hirisan ayam, shredded mozzarella, capsicum.
Untuk saya dan suami, beef Salami slices, capsicum, tomato cherry belah dua, bawang, shredded mozzarella.
Suka cheese boleh letak extra. Tak suka boleh kurangkan.
Bakar pada suhu oven 180© 15-20 minit. Ikut suka nak garing atau lembut. Saya guna loyang 6 inchi dan leperkan untuk jadi pan crust pizza.
Alhamdulillah anak-anak suka makan. Kita pon rasa selamat sebab tau ingredients apa nak bagi anak-anak makan

Kalau dah buat nanti boleh lah share feedback ya okay ke tak. Harap-harap kena lah to your likings😄
Xo,
YK.