image1 image2 image3

KHALIDAH ABDUL HADI|khalidahabdhadi.blogspot.my|Welcoming our little #babyYK|#YKFamily

#ResepiMudah Kek Marble Jelita Gebu Gebas Tahan Lama! | #YkAiKitchen

Hi Assalamualaikum🙋
.
.
Dalam post kalini saya nak share resepi #kekmarblejelita yang mudah & sedap dan failproof! Resepi ni sebenarnya telah diolah oleh saya sendiri sewaktu saya mencari resepi kek marble. Kebanyakkan resepi yang saya jumpa ada yang menggunakan susu manis dan gula dalam amount atau kuantiti yang bagi saya agak banyak. Tapi bagi siapa yang sukakan kurang manis , manis yang secukup rasa , mungkin anda boleh cuba resepi ini. Sesuai juga dihidang pada hari istimewa seperti Hari Raya ini. Selamat mencuba!



Bahan-bahan utama :
- Springfoam pan 8inci / 9 inci
- Redai Kek
- 5 Biji Telur 
- 180g Gula Halus
- 220g Tepung Naik Sendiri (self raising flour)
- 110ml Susu Segar (fresh milk, saya guna jenama Farm Fresh)
- 2 Sudu Besar Ovalette
- 1 sudu teh kecil Esen Vanilla


*- 100g Unsalted Butter yang dicairkan (saya guna jenama Anchor)

Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali unsalted butter ke dalam mixer (mesin pengadun). Adun sehingga kembang dan bewarna putih gebu. Adun lebih kurang 10-15minit. 
2. Cairkan Unsalted butter anda. Boleh cairkan di atas api menggunakan kuali atau lebih mudah masukkan butter ke dalam mangkuk atau cawan dan cairkan di dalam microwave pada suhu medium selama 2 minit dan sejukkan sebentar.
3. Setelah adunan kembang, gebu dan butter tadi sudah sejuk sedikit. Masukkan sedikit demi sedikit sampai habis unsalted butter itu tadi ke dalam adunan mixer anda (pastikan sewaktu anda masukkan butter ini, adunan anda masih lagi dalam keadaan berpusing pada kelajuan minimum). 
4. Setelah butter sebati di dalam adunan anda itu tadi, boleh matikan mixer dan angkat adunan anda. 

Adunan anda akan kelihatan seperti ini. Gebu dan soft peak. 

Bahan-bahan untuk hiasan pula, anda boleh gunakan pewarna kesukaan anda. Terpulang untuk anda inginkan berapa jenis warna di dalam kek anda. 


Bahan-bahan hiasan :
- 3/4 jenis pewarna makanan 
- 1 lidi cucuk satay atau apa-apa jenis lidi untuk melorek
- 2mm Gold Pearl Ball 

Saya ada mendapat info daripada pembekal barang kek yang mengatakan bahawa Pearl Ball yang bewarna silver tidak bleh dimakan, jadi saya gunakan yang bewarna Gold bersaiz 2mm sahaja. 

Bahagikan adunan anda tadi ke dalam 4 atau 5 bahagian dan gaulkan secara perlahan (mengikut berapa jenis warna anda inginkan). Untuk mendapatkan warna kuning, saya sarankan untuk tidak gunakan pewarna kuning pada bahagian atas, kerana adunan yang asli itu tadi apabila dibakar, ia akan menjadi warna kuning (walaupun kita nampak warna putih). Jangan gaul terlalu lama dan terlalu kuat atau kek akan menjadi bantat. 

Saya sarankan anda untuk membakar kek anda menggunakan springfoam pan kerana ianya mudah untuk mengeluarkan kek anda selepas dibakar. 

Adunan di atas ini sesuai digunakan di dalam loyang kek 8 inci atau 9 inci. Sapukan minyak ke dalam loyang dan lapikkan dengan baking paper/parchment paper anda. Tuang adunan anda itu tadi secara berselang seli. Saya biasanya akan tuang satu sudu secara selang seli sehingga warna itu habis pada bahagian tengah loyang supaya warna itu tadi akan mengembang cantik apabila dibakar. 

Akhir sekali di bahagian atas, jangan lupa tuangkan adunan berwarna itu tadi secara rawak supaya senang untuk anda lorekkan. 

(jangan tiru cara meletakkan baking paper di atas kalau tak nak rupa kek yang kurang menjadi bulatnya ya!) . Pastikan potong baking paper mengikut tapak size loyang anda.

Lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti anda. Lagi cantik apabila warna tidak tertumpu di satu-satu bahagian sahaja. Pastikan anda cuma lorek di bahagian atas sahaja bukannya lorekkan sehingga bawah loyang ya. Selesai melorek, masukkan adunan ke dalam oven anda dengan suhu 150c selama 50 minit (atau ikut oven masing-masing).

Jangan bakar terlalu lama ya atau adunan anda akan terbakar dan merekah. Adunan yang terbakar boleh dilihat jika adunan anda sedikit berwarna gelap seperti di bawah. 

Ini adalah hasil pertama kali saya buat kek marble jelita dan terlebih masak atau oven baked. Warna adunan asal yang sepatutnya berwarna kuning itu tadi telah bertukar menjadi warna coklat sedikit. 

Lihat beza hasil kiri dan kanan. Kiri anda akan lihat adunan asal warna putih itu tadi setelah cukup masak akan menjadi warna kuning tapi jika terlebih masak akan jadi seperti warna di kanan, warna coklat sedikit. 

Selepas keluarkan kek dari oven, terus terbalikkan kek anda di atas redai kek. Sebelah tangan pegang redai, terlangkupkan kek anda ke atas redai dengan tangan sebelah lagi dan letakkan di atas permukaan yang rata. Buka springfoam pan anda dan cabutkan baking paper yang melekat di bahagian bawah kek. Biarkan kek dalam keadaan terbalik selama satu jam sebelum siap dihidang. 

Setelah sejuk selama satu jam, terbalikkan kek anda ke pinggan hidangan dengan meletakkan pinggan di tangan sebelah dan terlangkupkan di bahagian bawah kek yang ada di atas redai tadi. Kek anda akan mempunyai corak daripada redai kek tadi. Boleh hias kek anda menggunakan Gold Pearl tadi mengikut kreativiti anda.

Untuk menghidang dalam kuantiti yang banyak, anda boleh potong secara menegak dan kemudian secara melintang dalam bite size.Untuk hidangan yang tidak banyak, anda boleh potong kek dari bahagian tengah ke luar seperti potongan kek biasa.

 Jika potong dari bahagian tengah, keratan kek akan menjadi lebih cantik seperti di atas. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam ya. Kek ini boleh disimpan di luar peti sejuk dan di dalam bekas kedap udara selama 3-4 hari.

Selamat mencuba!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Xo,
YK. 










Share this:

CONVERSATION

16 comments:

  1. Ramai gak kawan-kawan buat Marble Cake ni utk raya PKP kali ni. Tapi mcm sy x cukup rajin nak buat colour2 ni hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik dan menarik warna warni kek ni.. nampak senang dibuat.. bole la cuba bila senang2 nanti.

    ReplyDelete
  3. cantiknya colour marble cake nie.. Nanti nak cubalah.. tq sis sharing

    ReplyDelete
  4. Nampak cantik pula warna ni tapi sis suka kalau warnanya lagi lembut macam pastel. Sis buat kek mentega je. Lepas ni nak cuba buat kek ni pulak.

    ReplyDelete
  5. Wah! Menarik sungguh cake Mabel Ini. Nama pun menarik. Thank you for sharing this recipe.

    ReplyDelete
  6. Eh. Rasa teringin pula Rawlins nak try resipi ni. Macam senang and nampak memang cantik kejadiannya.

    ReplyDelete
  7. Kek marble kek legend ni. Suami suka kalau makan kek macam ni. Kalau kek yang moden2 dia tak makan sangat. Kek marble memang senang nak buat. Nanti nak buat lah tapi kena beli ovalette dulu. Kat rumah stok ovalette dah tak ada

    ReplyDelete
  8. nampak sedap semua tu. saya suka juga buat kek simple2 camni, tak perlukan ganache pape. pun dah mmg sedap

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kek. Buat kek macam ni best.
    Part paling malas tu, nak bahagikan warna dia. Hahaha..
    Rasa macam renyah la sikit. Tapi seronok bila tengok hasilnya yang cun.

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi buat kek marble ni. nanti boleh la cuba resipi ni ya. hope menjadilah nanti.

    ReplyDelete
  11. Oooo kita baru tau macam mana nak dapat corak macam tu kat atasnyaa...kesahnyaa...nanti nak cuba, biasa buat 2 corak aje...

    ReplyDelete
  12. Rajinnya buat kek Marble tgk resepi pun sng n buat corak pun cantik nti nk tray.

    ReplyDelete
  13. Alaaa teringin nak buat kek. Tapi rasa blm rajin lagi sbb baru lepas raya. Heheh. Resepi ni nmpk simple. Blh la simpan tepi dulu nnti rajin blh buat.

    ReplyDelete
  14. suka sangat tengok kek marble ni sebab cantik! Kadang tu sayang nak makan sebab cantik sangat. Resipi senang macamni boleh la buat sendiri nanti

    ReplyDelete
  15. Kek marble kukus saya suka buat. Hehe. Resepi paling simple dan senang nak buat. Nak pujuk anak dan suami. Buat kek ni confirm mereka happy.

    ReplyDelete
  16. Cantik nyer kek marble macam ni, berwarna warni nampak so ceria and bahan yang perlu pun senang dapat kan.

    ReplyDelete