Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung orang Asli Changkat Bintang, Selangor
Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor.
Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.
Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.
“Pakej rangsangan yang disediakan untuk
Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi
cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini
merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli,
dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada
organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih
kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini
menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.
Oleh kerana komuniti-komuniti ini
tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan
menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam
mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti,
dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.
“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di
segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan
penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan
menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah
beliau.
Menerusi program
Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah
menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan
menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan
NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu
turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh,
golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak
wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah
diedarkan setakat ini.
“Kami telah menyantuni
pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan
komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang
Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan
garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai
konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang
terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti
ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu
bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand
Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.
Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk
Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor.
“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku.
Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.
“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan
hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami
tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan
santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di
dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.
Untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.