image1 image2 image3

KHALIDAH ABDUL HADI|khalidahabdhadi.blogspot.my|Welcoming our little #babyYK|#YKFamily

MINDFUL MUSLIM APP : Ketenangan Dalam Satu Aplikasi

 Assalamualaikum semua.

Dalam entry kalini saya nak share satu aplikasi yang melengkapi jiwa rohani saya sebagai seorang muslim secara tidak langsung membantu saya banyak dalam memperbaiki diri saya dalam pelbagai aspek ssebagai eorang muslim.

APLIKASI MINDFUL MUSLIM 

Sebuah aplikasi yang diinovasikan dan dibangunkan oleh seorang muslim kepada muslim dan muslimin yang lain. Terdapat pelbagai ciri yang saya sukakan dalam satu aplikasi hebat ini. Tidak seperti kebanyakan aplikasi keagamaan yang lain, Mindful Muslim meliputi semua aspek untuk seseorang yang sedang mencari ketenangan. 

Dalam keadaan dan situasi pandemik sekarang, ketenangan yang diperlukan seseorang bukanlah hanya sekadar mendengar dan mengamalkan bacaan surah-surah lazim, tetapi juga dengan mengisi masa dengan zikir harian, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi serta bacaan ruqyah dalam kehidupan seharian. Jika kita cuba menjadikan ini sebagai satu kebiasaan dalam 7 hari berturut-turut, insyaAllah kita akan mula terbiasa dan menjadikan ianya sebagai salah satu rutin harian anda. 

Semuanya terasa sangat mudah apabila saya sendiri sudah cuba mengamalkan dengan menggunakan aplikasi Mindful Muslim ini. Bukan sahaja dapat mengisi jiwa kekosongan seorang muslim dewasa, tetapi juga dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak dengan mudah. Pelbagai ciri lain menarik yang saya akan bawa & kongsikan kepada anda semua di bawah. 

Selepas anda muat turun aplikasi Mindful Muslim, ini adalah bahagian utama aplikasi yang anda dapat lihat. Anda boleh mendaftar akaun anda melalui emel atau link terus kepada akaun Facebook yang tersedia (kiri) , jam waktu tempatan, tarikh dan cuaca di tempat anda sama ada pagi atau malam (kanan) serta butang untuk memulakan perjalanan anda dalam aplikasi ini (anda perlu langgan dengan hanya RM 16.09/sebulan atau AS $3.90). 

Jangan risau kerana banyak lagi ciri percuma yang anda boleh gunakan di dalam aplikasi ini dan ianya sedikit pon tidak mengurangkan penggunaan anda terhadap aplikasi ni. Antaranya ialah CIPTA PLAYLIST. Di dalam ciri ini, anda boleh memilih suai padan doa kegemaran anda, ayatul ruqyah, bacaan Imam pilihan, bacaan surah lazim pada waktu malam dan juga muzik yang tenang untuk membantu anda tidur dengan lebih mudah. 

Paling saya sukakan adalah ciri Playlist yang telah kita suai padan mengikut surah pilihan kita boleh dimain semasa kita menggunakan aplikasi lain (play in background) tanpa perlu membuka hanya aplikasi Mindful Muslim tersendiri.


Ciri lain yang memudahkan kita terutamanya mereka yang sentiasa berasa keseorangan dan tiada tempat untuk meluahkan, anda boleh gunakan ciri Sleep Diary sebagai diari anda seharian. Jika dulu kita perlu menulis diari di buku peribadi, sekarang diari kita berkonsepkan on-the go, di mana kita berada, pada pukul berapa kejadian serta emosi kita, kita boleh sentiasa update dengan terkini dan secara peribadi. 

Mindful Muslim merupakan aplikasi pertama di dunia yang berkonsepkan ketenangan dalam sudut Islam. Ia telah turut dibangunkan bersama dengan 16 orang penyelidik yang juga berperanan sebagai penulis dan pengalih suara di dalam aplikasi ini bersama-sama dengan Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani, pengasas utama aplikasi Mindful Muslim. Aplikasi ini juga telah menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competition X Challenge. 

Jika anda terlalu sibuk dengan urusan seharian terutamanya ketika dalam pandemik ini dan tiada masa yang lebih untuk mendalami ilmu agama, jadikan aplikasi ini sebagai peneman anda kerana dari satu ketidakbiasaan, akan bertukar menjadi kebiasaan jika selalu dilakukan, insyaAllah. 

Semoga kita semua mendapat kebaikan bersama dalam menggunakan aplikasi ini, insyaAllah. 

Muat turun aplikasi Mindful Muslim :

Play Store, Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim


يٰٓاَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَىِٕنَّةُۙ ارْجِعِيْٓ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۚ فَادْخُلِيْ فِيْ عِبٰدِيْۙ وَادْخُلِيْ جَنَّتِيْ ࣖࣖ

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
(Q.S. Al-Fajr [89]: 27-30)



Salam Ikhlas, 
Yk.






Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment