image1 image2 image3

KHALIDAH ABDUL HADI|khalidahabdhadi.blogspot.my|Welcoming our little #babyYK|#YKFamily

SEMALAM SUAMI BELANJA KEK & AIR RM40 TERKEJUT DAPAT...

Assalamualaikum πŸ™‹
.
.
Okay, selama ni selalu sangat dengar and baca orang cerita. Suami dia belanja isteri dia makan ikan siakap esoknya dapat customer tak berhenti henti pm nak beli barang dia etc kan. Tiba-tiba semalam, Allah nak tunjuk sendiri dekat kami betapa besarnya kuasa Dia. Sampaikan suami dapat email...



Betul lah. Kunfayakun. Allah kalau nak bagi. Dia akan bagi bila-bila masa je. Suami saya memang seorang interpretor & translator (Japanese-English) tapi semenjak lepas berkahwin dia jarang dapat job sangat nak dibandingkan sebelum kahwin dulu. Ada pun dia kata, dia terpaksa tolak sebab fikirkan priority isteri dan anak (since rumah kami pon jauh, Semenyih) dan urusan banyak kena luar negeri kalau dia accept job interpretor. Jadi, terpaksa tolak katanya. Anak pon baru dalam 4 bulan lebih, anak sulung. 

'Tak pe. Abang tak terima kali ni lain kali ada rezeki lain insyaAllah.'
Lebih 30+ job dia terpaksa tolak. 

Nak dijadikan cerita, Allah aturkan aku dapat interview banyak syarikat. 10 kali hantar resume 9 yang panggil untuk interview, siap email employment form. Tu maknanya, company tu memang nak kita dah tu kalau macam tu. Tapi, atas faktor rumah kami jauh. Husband selalu cakap, belum masanya lagi untuk aku tukar kerja katanya. Jadi, aku cuba bersabar. 

Sampai semalam, aku terasa amat teramatlah sedih terpaksa decline interview kerja buat ke sepuluh kalinya rasanya 😭😭😭😭 Dek kerana darah muda dan ego yang ada mungkin, jadi selalu menangis dan tanya husband banyak kali, tak boleh ke setakat nak pergi interview?

Husband takut bila dah pergi interview, aku berkenan dengan job tu and company tu pon sama. Jadi, dia terpaksa kata,
'Nanti dulu ya sayang'.

Dia janji waktu mula-mula kahwin dulu, bagi masa 1 tahun. Dia minta aku kerja untuk 1 tahun je dulu. Dan sekarang dah lebih 1 tahun dan dia rasa bersalah yang aku terpaksa kerja sebab aku kata aku nampak tak ada improvement dalam pekerjaan sekarang ni. 

Hampir setiap malam suami akan pegang tangan dan cium sambil cakap, 
'Abang minta maaf sayang.'
Tapi, dia ketua keluarga. Aku kena akur. 

Semalam, lepas reply decline interview dekat 1 company yang agak established ni aku terasa amat teramat down dan sedih. Nak menangis, air mata da tak keluar. Sebab setiap kali decline je menangis sedih. Jadi, aku pon whatsapp suami, cakap teringin nak makan kek coklat (percayalah, bukan itu yang aku mahukan sebenarnya.) Aku cuma nak dia tahu yang aku dalam keadaan sedih dan perlukan dia. 15 minit lepas mintak dia kek chocolate, aku rasa bersalah sebab mintak kek chocolate dekat dia. Jadi, aku minta maaf. Tiba-tiba sejam lepas tu, suami hantar gambar. 


Dia gigih keluar pergi 
IOI belikan kek favourite yang mahal & air yang sedap tu 
waktu dia kerja 😭

Bukan 1 kek, 2 kek sekali dia belikan 😭

Dia punyalah tanya kita dekat mana sebab rupa-rupanya...

Dia dah tunggu dekat bawah office kita 10 minit dah πŸ˜‚πŸ˜­

Punyalah terharu suami tinggalkan kerja semata-mata nak belikan kek untuk isteri.

Kata dia, 
'Mana boleh abang fokus buat kerja sedangkan isteri abang tengah bersedih'

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 (sila menangis kerana terharu)

Sambil makan tu, dia pujuk. 
'Abang boleh belikan kek favourite sayang ni je. Abang minta maaf sayang terpaksa decline banyak interview sebab abang. Tapi sedapkan kek ni? πŸ˜‚- cubaan buat isteri dia gembira. Siap banyak kali ajar macam mana nak senyum lagi haha. 

Sebelum dia balik ke office semula, dia pastikan aku okay. Siap tanya,
'Dah okay belum? Dah boleh move on belum?'
Walaupun belum pada hakikatnya. Tapi aku ya kan je. Atas usaha dia datang untuk tenangkan aku. 

Tak sampai sejam lepas dia balik ke office dia, tiba-tiba dia whatsapp satu gambar;

Allah. Betul. Sungguh terbukti kuasa Allah.

Suami belanja kek dan air untuk isteri yang berharga RM40 , tapi Allah balas balik dengan rezeki berpuluh kali ganda dari apa yang suami belanjakan untuk aku. Betul. Sungguh Allah tu maha adil. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. 

Jadi, para suami. Kadang-kadang kalau isteri minta sesuatu kemungkinan dia tak betul-betul maksudkan apa yang dia nak. Mungkin dia perlukan suami dia sahaja tapi usaha dan titik peluh yang suami dah keluarkan untuk isteri dia, insyaAllah Allah gantikan dengan yang lebih baik lagi.

Semoga kita semua pasangan suami isteri sentiasa dimurahkan rezeki walaupun susah macam mana sekalipon di masa hadapan dengan percaya adanya Dia. InsyaAllah amin.  


Xo, 
YK. 



Share this: