image1 image2 image3

KHALIDAH ABDUL HADI|khalidahabdhadi.blogspot.my|Welcoming our little #babyYK|#YKFamily

#YkSimpleRecipe AYAM 3 BUDAK GEMOK RESEPI MUDAH

Hi Assalamualaikum🙋
.
.
Malam ni plan nak masak menu favourite husband. Dah lama tak berasap dapur. Kesian suami lupa dah air tangan isteri dia ni. Sebenarnya banyak sangat menu favourite dia hampir semua haha. But, this is one of it yang simple dan confirm tak akan fail bila buat ni. Jadi, nak share resepi sini supaya nanti tak lupa bila nak buat lagi haha.




Resepi yang simple dan sedap sampai boleh buat husband tambah nasi berpinggan-pinggan tak nak makan luar dah lepas ni🙊



Kalau google Ayam 3 Budak Gemuk ni memang viral lah famous sangat. Tapi mesti ada masa kita rasa macam malas nak keluar kan teringin nak masak sendiri? So, here goes the recipe. 

Resepi ni sekali dengan sambal gesek dia. But, resepi sambal gesek dia ni saya dah improvise ikut tekak sendiri haha. Boleh lah cuba ya kalau peminat tegar pedas.



Bahan Kuah :
- Bawang Besar 2 biji
- Bawang Putih 6 ulas
- Halia 1-2 inci
(blend)

- Daun Kari 1-2 tangkai

Panaskan minyak, goreng daun kari dalam minyak sampai naik bau. Then, masukkan bahan ke dalam blender.
Mula mula tumis dengan api kuat. Dah nak kering sikit slowkan api. Biar dia kering slow slow dan jadi macam caramel. Lagi lama lagi sedap. Jangan hangit. Sentiasa gaul. Tumis sehingga pekat dalam 1-2 jam.
Dah tumis, masukkan satu sudu oyster sauce, dan kicap secukup rasa, kemudian gaul.
Seterusnya, masukkan air asam/asam keping.
Masukkan air sikit and biarkan pekat semula. Dah pekat, tutup api.

Sementara tumis kuah bahan utama, perapkan ayam dengan garam terlebih dahulu.

Bahan Sambal Gesek :
- Cili Api Merah Thai + Cili Api Hijau ikut suka (saya letak 30 biji biasanya dalam ratio separuh separuh, cili api thai ni lagi pedas dari cili api merah biasa ya)
- Bawang besar 2 biji
- Bawang Putih 1 biji

Kopek dan basuh bahan di atas. Kemudian, goreng atas api sampai layu.
Dah kelihatan layu, angkat dari kuali. Gesekkan dalam lesung batu. Tambah air perahan limau kasturi sesedap rasa. Saya guna 4 biji limau kasturi untuk 30 biji cili api.  Kemudian tambahkan hujung sudu garam halus. Teruskan gesek sampai ikut suka nak lumat ke separuh lumat.

Minyak goreng bahan sambal tadi boleh digunakan untuk goreng ayam supaya rasa pedas melekat pada ayam. Goreng ikut suka, nak garing atau separuh garing. Dah siap goreng, angkat ayam dan masukkan ke dalam kuah utama tadi yang dah siap. Gaul sebati dan boleh dihidang.



Makan dengan nasi putih panas-panas, sambal gesek dah cukup sedap buat suami terngiang-ngiang nak lagi tau😋


Kalau rajin, potonglah timun ke tomato ke untuk buat ulam sekali 😁

Selamat mencuba😍

Xo,
KY.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Waalaikumussalam. Nyummmm sungguh menggoda makanan itu 😁

    ReplyDelete
  2. Wow...nampak sedap la... air liuh saya sudah terkeluar...

    ReplyDelete