Hi Assalamualaikum🙋
.
.
Harini macam nak mengenang semula resepi Ayam Penyet yang sedap first time buat haritu untuk husband and Yuka Yuki. Senang, sedap, sekejap je dah siap. Lepas ni nak makan ayam penyet tak payah beli dah haha🙊
Tadaaa terus rasa lapar kan😂
6 Bahan utama :
- Ayam (lagi sedap bahagian whole leg)
- Ayam (lagi sedap bahagian whole leg)
- Bawang besar 2 biji potong kulit & potong 4
- Bawang putih separuh labu buang kulit
(ni banyak pon takpe bagus untuk kesihatan especially budak-budak)
- Halia 2 inci buang kulit dan hiris atau potong kecil
- Kunyit / kunyit hidup 3/4 sudu atau 1 inci buang kulit (saya guna serbuk kunyit)
**Santan (santan fresh boleh, santan kotak pon boleh) saya guna santan kotak kecil separuh sahaja
**Santan (santan fresh boleh, santan kotak pon boleh) saya guna santan kotak kecil separuh sahaja
Blend/kisar semua bahan utama di atas
kecuali santan dengan sedikit air.
Dalam kuali kosong, masukkan ayam ke dalam kuali dan tuangkan bahan yang telah dikisar / diblend tadi ke dalam kuali bersama ayam. Kemudian, tuangkan santan ke dalam kuali bersama. Sukatan santan terpulang kepada anda, jika mahukan ayam penyet rasa berlemak lebih boleh letak lebih. Saya cuma gunakan santan kotak kecil separuh untuk 2 bahagian ayam whole leg.
Gaul rata santan bersama bahan yang telah dikisar dan tutup kuali
rebus sehingga ayam separuh masak lebih kurang dalam 30 minit api sederhana.
Dalam dapur gas sebelah, boleh mula buat sambal ayam penyet.
Bahan-bahannya :
- Cili Api Merah Vietnam
- Cili Api Hijau
- 1-2 batang cili merah
- Bawang besar 1- 1 1/2 labu
- Bawang putih setengah labu
- Tomato 1 biji potong 4
Goreng dalam minyak yang panas (deep fry) sehingga layu.
Untuk buat sambal penyet ni tiada sukatan yang tepat. Ikut citarasa masing-masing. Kalau sukakan pedas boleh guna banyak cili. Saya suka pedas jadi biasanya saya akan guna cili api vietnam lebih lagi dari cili api hijau. Cili Api Vietnam dengan Cili Api Merah kita berbeza, cili api merah kita kurang pedas berbanding dengan cili api vietnam.
Bila dah layu, boleh angkat dari kuali guna tapis dan masukkan ke dalam lesung batu untuk ditumbuk atau ke penggesek cili.
Sewaktu menumbuk, boleh masukkan hujung sudu garam halus sebagai perasa.
Tumbuk atau gesek sehingga lumat dan siap untuk dihidang.
Dah siap sambal ayam penyet.
Selesai buat sambal penyet, kita boleh siapkan sayur pula. Seperti yang kita tahu tak lengkap hidangan ayam penyet tanpa tauhu goreng dan tempe goreng. Potongkan dan sediakan tauhu goreng yang dibelah dua berbentk segitiga dan tempe mengikut saiz yang anda suka.
Selepas potong tauhu boleh rendam dalam air sejuk
dan keringkan atas tisu.
Potong tempe ikut kesukaan anda.
Selesai potong bahan untuk digoreng, kita boleh sediakan bahan celupan atau batter untuk menggoreng. Waktu ni anda boleh lihat ayam anda di dalam kuali, jika sudah separuh masak atau empuk, boleh matikan api dan angkat ayam dari kuali dan ketepikan.
Ambil air rebusan ayam tadi dan masukkan ke dalam mangkuk,
Bahan-bahan menggoreng :
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- Air rebusan ayam yang dah ditapis
(serdak air rebusan ayam jangan dibuang)
Gaul semua sehingga sebati . Tak perlu tunggu air rebusan sejuk pon tak apa. Masukkan air rebusan ke dalam tepung sikit-sikit dan gaul, akhir sekali baru masukkan telur dan kacau.
Ambil ayam dan salutkan ke dalam batter ,
goreng deep fry sehingga kuning keemasan.
Dalam adunan batter yang sama itu tadi, masukkan tauhu dan tempe dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Akhir sekali, goreng serdak air rebusan yang diasingkan tadi sehingga garing dan angkat untuk dihidangkan di atas ayam.
Ayam yang sudah digoreng tadi boleh diketuk dan leperkan (atau dipenyetkan) dulu guna pisau dan lesung . Saya tak sempat penyetkan sebab suami dah lapar waktu ni haha. Potong hiris timun untuk dijadikan sebagai ulam atau sediakan ulam-ulaman lain kegemaran anda.
Dah siap. Boleh dihidang bersama sup kosong.
Nak mudah, ambil serbuk pati ayam knorr,
tumis bawang dan bawang putih sedikit,
tambah air dan bawang goreng.
Dah siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Xo,
YK.
masakan jawa ni..sedapnya ayam penyet. dah lama tak makan. susah nak dapat masakan ori jawa kat sini. banyak dah pattern kan dengan masakan negeri sendiri
ReplyDeleteLama xmakan ayam penyet nie..senang je nk buatnye ye.. Baru ku tau..slama nie tau makan je..tq sis, share resipi nie..
ReplyDeleteayam penyet ni kalo gu dia dengan sambal perghh trangkat rasa..
ReplyDeletejemput join segmen bloglist SYM
https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html
ouh... mudah je resepinya. saya suka makan ayam penyet. tersengih si comel tunggu nak makan. hehe
ReplyDeleteSedapnya ayam penyet. Sedap ya ampun. Makanan favourite tu.
ReplyDeleteMenariknya, boleh try nanti ni. tq share
ReplyDeleteI have benefited a lot from visiting your site. Thank you
ReplyDeletetq for sharing.
ReplyDeleteteliti aida baca nyer.minat makan nasi ayam penyet.
combination of nasi putih (ada tempat panggil nasi uduk kan), ayam goreng nyer, sambal nyer...
tq again. aida bookmark ni ye.
mudah je rupanya. selama ni ingat susah nak buat hehe boleh la cuba nanti. thanks sharing
ReplyDeleteLama dah Sis tak makan Ayam Penyet ni. Dulu masa kerja, seminggu sekali mesti tapau Keli Penyet. Sambal dia yang buat Ayam Penyet power.
ReplyDeleteAyam penyet ni sedap jika kena gsya resepinya... best di makan dgn sup barulah x kering.
ReplyDeleteComel je si kecik tu. Tak sbr nak makan ye. Hehee. .sedp tengoknya.. Ayam oenyet sedp dekat cara gorengan ayam dan sambal dia..
ReplyDeleterindunya nak makan ayam penyet. yg paling sedap dkt alma, bukit mertajam tapi mcm tutup je kedai tu & satu lgi jauh drpd rumah. apa2 pun terima kasih share resepi.
ReplyDeleteWah ayam penyet 6 bahan sahaja ya. Memang senang dna mudhalah buat ni. Nanti nak cubalah. Kebetulan semua bahan ada di rumah.
ReplyDeleteWah ayam penyet..sedapnya ayam penyet..iena suka makan ayam penyet.Nanti boleh lah iena cuba resepi ni..thanks for sharing :)
ReplyDeleteTak pernah lagi Sis buat nasi ayam penyet sendiri, nengok resepi ni macam senang nauu, nanti boleh cubalaaaa...
ReplyDeleteFollow sini ...
Wow dah bleh buka restoran ayam penyet. Heheheheh. sedapnya. nanti nak cuba.
ReplyDeleteTelan ailio tgk post bi tgh tgh hari ni. Tak pernah lagi masak ayam penyet kat rumah. Mungkin boleh try dengan refer posting ni
ReplyDeletewow nampak menyelerakanlah resepi ni. Betul juga dah lama tak makan ayam penyet, rupanya ada cara-cara dia nak sediakan ayamnya. Ingatkan goreng gitu je
ReplyDeleteDia yg penting tu sambal cili tu.. Fuhhh kalau dia sedap menyengat.. Mmg selera la makan ayam penyet nih.. Thanks share resipi.. Boleh kita buat sendiri nnt. Yeay
ReplyDeleteayam penyet ni kalau tak de sambal tu mmg x sah kan..
ReplyDeletesalam kenal dari www.iamfuzy.com follower ke 57
Boleh cuba ni.. dah lama betul tak makan ayam penyet sejak berkurung ni. Nak buat tak tahu kan. barang-barang kat dapur pulak limited.
ReplyDeleteTak tahulah kenapa dari duduk Kuching Sarawak sampai sekarang dah pindah semenanjung saya tak pernah cuba nasi ayam penyek ni. Insha Allah nanti nak cubalah
ReplyDeleteWow this is so delicious! Im eyeing on ayam
ReplyDeletePenyet!!! Thanks for sharing! Sedapnyaaaa