MINDFUL MUSLIM APP : Ketenangan Dalam Satu Aplikasi
Assalamualaikum semua.
Dalam entry kalini saya nak share satu aplikasi yang melengkapi jiwa rohani saya sebagai seorang muslim secara tidak langsung membantu saya banyak dalam memperbaiki diri saya dalam pelbagai aspek ssebagai eorang muslim.
APLIKASI MINDFUL MUSLIM
Sebuah aplikasi yang diinovasikan dan dibangunkan oleh seorang muslim kepada muslim dan muslimin yang lain. Terdapat pelbagai ciri yang saya sukakan dalam satu aplikasi hebat ini. Tidak seperti kebanyakan aplikasi keagamaan yang lain, Mindful Muslim meliputi semua aspek untuk seseorang yang sedang mencari ketenangan.
Dalam keadaan dan situasi pandemik sekarang, ketenangan yang diperlukan seseorang bukanlah hanya sekadar mendengar dan mengamalkan bacaan surah-surah lazim, tetapi juga dengan mengisi masa dengan zikir harian, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi serta bacaan ruqyah dalam kehidupan seharian. Jika kita cuba menjadikan ini sebagai satu kebiasaan dalam 7 hari berturut-turut, insyaAllah kita akan mula terbiasa dan menjadikan ianya sebagai salah satu rutin harian anda.
Semuanya terasa sangat mudah apabila saya sendiri sudah cuba mengamalkan dengan menggunakan aplikasi Mindful Muslim ini. Bukan sahaja dapat mengisi jiwa kekosongan seorang muslim dewasa, tetapi juga dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak dengan mudah. Pelbagai ciri lain menarik yang saya akan bawa & kongsikan kepada anda semua di bawah.
Selepas anda muat turun aplikasi Mindful Muslim, ini adalah bahagian utama aplikasi yang anda dapat lihat. Anda boleh mendaftar akaun anda melalui emel atau link terus kepada akaun Facebook yang tersedia (kiri) , jam waktu tempatan, tarikh dan cuaca di tempat anda sama ada pagi atau malam (kanan) serta butang untuk memulakan perjalanan anda dalam aplikasi ini (anda perlu langgan dengan hanya RM 16.09/sebulan atau AS $3.90).يٰٓاَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَىِٕنَّةُۙ ارْجِعِيْٓ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۚ فَادْخُلِيْ فِيْ عِبٰدِيْۙ وَادْخُلِيْ جَنَّتِيْ ࣖࣖ
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
(Q.S. Al-Fajr [89]: 27-30)